TIPS CANTIK : MANFAAT MADU UNTUK KULIT

 

Madu Asli mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan dalaman badan, rambut juga kulit. Ia kaya dengan antioksidan, pelembap semulajadi juga bertindak sebagai agen antibakteria yang membasmi kuman. Jom cuba beberapa petua yang mudah dilakukan di rumah untuk kecantikan kulit anda!

khasiat madu lebah untuk kulit

1. Madu Atasi Bintik Hitam

- Kulit kasar & kusam juga selalunya disebabkan oleh masalah bintik hitam / putih yang terdapat kulit wajah. Cara atasi nya anda boleh cuba petua berikut :

- Campurkan 1 sudu besar madu + 2 sudu besar baking soda. Kacau rata dan sapu pada muka seperti masker. Biarkan kering 10-15 minit kemudian bilas dengan air suam. Rasai kulit wajah anda yang lebih lembap, halus dan lembut. Lakukan 2x seminggu dan lihat hasilnya di mana bintik2 hitam pada wajah berkurang hari demi hari!
** Tips -> Boleh titiskan sedikit jus lemon / limau nipis dalam masker tersebut untuk atasi kulit berminyak atau berjerawat.

2. Madu Atasi Daki Degil

- Kulit badan terutama di bahagian pelipat juga yang selalu terdedah pada cahaya matahari selalunya agak gelap dan berdaki degil yang sukar hilang seperti pada celahan kaki, peha, ketiak dan leher termasuk juga wajah kita. Anda boleh amalkan cara berikut  untuk atasi masalah tersebut :

- Campurkan 1 sudu besar madu + 1 sudu besar cuka epal (cuka putih pun boleh) + 1 sudu besar serbuk kayu manis + 3 sudu besar air biasa / mineral. Kacau sebati. Sapu pada badan yang berdaki degil sebelum mandi dan gosok2 kan kulit secara lembut. Lakukan 2-3x seminggu dan lihat hasilnya! Kulit lebih cerah, bersinar, halus, lembut dan tegang awet muda!
** Tips -> Bagi yang berkulit sensitif, kurangkan jumlah cuka dan serbuk kayu manis.
Scrub yang bersisa boleh simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan di lain masa.

3. Madu Atasi Kulit Wajah Lesu / Tak Bermaya

- Balik kerja  atau pulang dari kuliah selalunya wajah kita lesu dan stress. Atasi nya dengan cara mudah agar ia segar bermaya dan tampak flawless! Jom ikut cara ini :

- Campurkan 1 sudu besar madu + 1 uncang teh (yang sudah diguna untuk buat air).
Atau campurkan 1 sudu besar madu + 1/2 biji buah avocado yang dilecek.
Kacau rata dan sapukan pada wajah. Biarkan 20-30 minit sebelum dibersihkan dengan air suam. Lakukan 2-3x seminggu. Amalkan selalu dan bersedialah untuk lihat hasilnya!

khasiat madu lebah untuk kulit

4. Madu Atasi Jerawat & Parut

- Kulit berjerawat yang meninggalkan parut hitam merupakan igauan ngeri setiap orang yang cintai kecantikan kulit wajah. Tapi anda boleh atasinya dengan petua mudah berikut. Jom kita lihat apa yang diperlukan :

- Campurkan 1/2 sudu besar madu + 1/2 sudu besar jus lemon / limau nipis + 1 biji putih telur. Kacau rata. Celupkan kapas muka lalu sapukan pada wajah yang sudah dibersihkan. Biarkan 20-30 minit sebelum dibilas dengan air suam. Lakukan 2-3x seminggu untuk hasil terbaik. Wajah bukan saja bebas jerawat tapi lebih cerah, tekstur kulit kembali rata tanpa parut juga lebih licin, lembut & halus!

5. Madu Atasi Bibir Kering / Merekah

- Cara nya amat mudah! Sapu madu secara menipis setiap malam sebelum tidur. Kulit bibir anda akan kembali lembap, halus dan berona merah segar secara semulajadi.

6. Madu Bantu Lebatkan Rambut & Buat Rambut Bersinar

- Rambut mudah gugur, kusut, kering dan bercabang? Kulit kepala juga gatal berkelemumur?
Jom cuba cara berikut untuk sihatkan kembali rambut anda!

- Campurkan 1 sudu besar madu + 3 sudu besar minyak zaitun. Lumurkan pada kulit kepala dan urut perlahan. Biarkan 20-30 minit kemudian cuci dan bilas. Lakukan selalu dan lihat perubahan pada rambut anda yang lebih kuat, lebat dan cantik beralun!

7. Madu Atasi Tumit Kaki Pecah

- Mula2 belah dua lemon dan perah jus nya. Campurkan jus tersebut dengan 1 sudu madu dan kacau rata. Ambil kulit lemon tadi, celupkan dalam jus dan sapu pada tumit kaki merekah / pecah2 dan gosok secara lembut. Biarkan 20-30 minit kemudian rendamkan kaki di dalam air suam. Ia membantu tumit kaki menjadi lembut & menanggalkan sel2 kulit mati. Lakukan 2-3x seminggu dan lihat perubahannya pada tumit kaki anda!

TIPS : Membersihkan wajah dengan air suam membuka liang pori kulit anda. Untuk menutup kembali pori2 kulit, oleskan ais ke serata wajah. Pasti nya kulit akan tambah tegang, anjal dan halus berseri2. Sapukan juga krim / pelembap kulit yang bersesuaian setiap kali selepas wajah anda dibersihkan.

Selamat mencuba!

0 on: "TIPS CANTIK : MANFAAT MADU UNTUK KULIT"

IKUTI KAMI DI SINI