Tomato merupakan sayuran yang sangat mudah didapati dan selalunya disajikan dalam masakan, dijadikan salad atau diratah begitu sahaja. Ia amat kaya dengan pelbagai zat, vitamin dan mineral yang bagus untuk kesihatan dalaman, melancarkan peredaran darah juga mencerahkan mata.
Kandungan antioksidan yang tinggi terutamanya lycopene yang jarang didapati pada buah / sayuran lain mampu menjadikan kulit kita lebih cantik berseri dan awet muda. Kami kongsikan beberapa petua untuk anda dapatkan kulit segar bermaya dengan menggunakan buah tomato. Jom praktikkan ia..
1. Tomato Menghalus, Mengecilkan Liang Pori & Pinkish kan Kulit Muka
Cara ke-1:
- Lecekkan sebiji tomato yang masak ranum. Pupurkan pada kulit wajah anda selama 20-30 minit. Amalkan 1-2x seminggu dan anda akan dapati wajah sentiasa kekal segar dan pinkish selain mengelakkan wajah berminyak & berjerawat!
Cara ke-2:
- Sebiji tomato masak ranum dikisar. Tambahkan sedikit jus lemon. Kacau rata dan sapukan pada wajah yang sudah dibersihkan. Biarkan 15-20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Amalkan 2-3x seminggu, kulit anda akan lebih anjal, pori2 mengecil dan lebih cerah berseri. Sesuai untuk anda yang berkulit kasar dan berminyak!
Cara ke-3:
- Anda boleh juga campurkan tomato yang dikisar halus tadi bersama susu segar atau yogurt (kini banyak terdapat susu kambing dalam bentuk serbuk. Ia pilihan yang sangat bagus untuk buat masker kulit!). Sapu pada wajah sambil buat urutan ringan dan biarkan 20-30 minit. Amalkan selalu dan anda akan lihat selain pori2 mengecil, kedutan halus pada kulit juga akan berkurangan. Ianya sesuai untuk anda yang memiliki kulit wajah yang tidak sekata, kusam juga parut2 akibat jerawat!
Cara ke-4:
- Sebiji tomato yang dikisar halus dicampurkan dengan beberapa titis minyak zaitun sebelum disapukan pada wajah. Buat sedikit urutan ringan dan biarkan 20-30 minit sebelum dibersihkan. Wajah kering & kusam anda akan kembali lembap & halus. Masker ini sesuai untuk anda yang banyak kerja di pejabat, kepenatan, lesu dan baru balik dari perjalanan jauh!
Cara ke-5:
- Sebiji tomato masak dibelah dua. Kemudian celupkan pada gula pasir. Gosokkan secara lembut pada kulit wajah. Ia membantu menanggalkan sel2 kulit mati, memudarkan parut, menganjal, mencerah & menghaluskan kulit anda! Lakukan 2x seminggu untuk hasil terbaik.
Cara ke-6:
- Tomato membuatkan kulit makcik2 kembali bak remaja! Cara nya kisar halus sebiji tomato ranum kemudian ditambah dengan sedikit minyak cendana (sandalwood). Sapukan pada wajah dan biar 20-30 minit. Ia membantu kulit lebih tegang & elastik selain mengurangkan tanda2 penuaan seperti garis halus & kedutan. Amalkan 2-3x seminggu dan lihat hasilnya!
2. Tomato Mengurangi Lingkaran Gelap / Sembap Mata
- Cara nya hiris tomato masak secara membulat. Letakkan di atas kelopak mata. Rehatkan 20-30 minit. Mata bukan sahaja tampak lebih segar tapi kulit sekitar mata juga lebih halus dan berseri.
3. Jus Tomato Minuman Anti Kanser & Anti Penuaan
- Untuk mereka yang kerap berjemur, kulit cepat kering & sunburn, disarankan sentiasa mengamalkan minum jus tomato. Ia membantu kulit menentang kesan selaran matahari / ultra ungu dari dalam, menjadikan kulit segar & lembap serta cerah berseri selain turut memberikan anda tenaga tambahan yang diperlukan badan! Opss.. lupa untuk diberitahu, jus tomato juga sesuai untuk mereka yang berdiet kerana ia mengekalkan rasa kenyang berpanjangan serta membantu mengekalkan berat badan ideal!
Selamat mencuba & mengamalkan nya!

0 on: "TIPS CANTIK : TOMATO BUAT KULIT AWET MUDA"